PBTSELANGOR

Tindakan tegas individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

SHAH ALAM, 19 MAC: Polis Selangor akan mengenakan tindakan undang-undang tegas ke atas individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada 18 hingga 31 Mac ini, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Datuk Fadzil Ahmat berkata pada hari pertama semalam, orang ramai seolah-olah tidak faham dengan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Pemeriksaan dan operasi mendapati masih ramai berkumpul di kedai kopi, memancing ikan dan berkumpul di kuil dan masjid.

“Mereka ini tidak faham dengan arahan yang ditetapkan kerajaan dan sebab itu tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Fadzil berkata, tindakan undang-undang yang bakal dikenakan sudah dibincangkan dengan pegawai undang-undang Selangor.


Pengarang :