Gambar penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto: Instagram Yana Najib
AGENDANASIONAL

Peserta himpunan mahkamah diminta jalani saringan Covid-19 jika bergejala

SHAH ALAM, 29 JULAI: Public Health Malaysia menasihatkan peserta himpunan mahkamah untuk tampil membuat saringan segera sekiranya menunjukkan gejala wabak Covid-19.

Peringatan itu susulan tular beberapa foto yang memaparkan kehadiran penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika prosiding membabitkan Datuk Seri Najib Razak berlangsung semalam.

“Mohon selepas ini jika bergejala segera lakukan saringan, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di tempat awam dan tidak meninggikan risiko orang terdekat,” katanya menerusi Facebook.

Semalam ketua pengarah kesihatan sedih masih ada rakyat melanggar tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Membalas hantaran Bernama di Twitter mengenai gelagat penyokong Najib di mahkamah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan sering mengingatkan rakyat agar mematuhi SOP khususnya penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.


Pengarang :