Ujian saringan Covid-19 bagi persediaan menghadapi Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Jangkitan Covid-19 naik di Selangor, catat 235 kes

SHAH ALAM, 10 NOV: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada 235 kes hari ini berbanding 138 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 162 membabitkan kluster sedia ada diikuti saringan kontak rapat (33 kes) dan lain-lain saringan (40 kes).

“Terdapat 356 kes sembuh di Selangor dilaporkan hari ini, manakala satu kluster iaitu kluster Jelok diisytihar tamat,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, sebanyak 725 kes pulih Covid-19 direkodkan, selain terdapat 869 kes baharu dan enam kematian di Sabah.

Pada 7 November lalu, negeri ini mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 247 kes manakala 231 kes pada 4 November.


Pengarang :