Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal angka 2,000, 11 kematian

SHAH ALAM, 21 APRIL: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 seluruh negara hari ini kekal melebihi 2,000 dengan mencatat 2,340 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 526 diikuti Sarawak (429) dan Kelantan (370).

“Terdapat 11 kematian baharu dicatatkan melibatkan sembilan warganegara dan dua warga asing.

“Seramai 248 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 101 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya di Facebook hari ini.

Tambah beliau, terdapat 1,910 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 358,729 kes.


Pengarang :