Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Subang Jaya di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hari keempat kes Covid-19 di Selangor pada paras 2,000

SHAH ALAM, 9 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor memasuki hari keempat mencatat jumlah pada paras 2,000 iaitu 2,700 kes hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam, negeri ini merekodkan 2,989 kes manakala 2,107 pada Selasa dan 2,126 pada Isnin, lebih kurang angka sekitar Mei atau Jun lalu.

Selain mendapat jumlah suntikan vaksin yang tinggi, Selangor menunjukkan aliran menurun angka jangkitan sekitar 3,000 hingga 4,000 kes sejak lebih seminggu lepas.

Angka yang dikongsi KKM di Facebook juga menunjukkan jumlah jangkitan seluruh negara sedikit menurun kepada 19,307 kes berbanding 19,733 semalam.

Sarawak kekal dengan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 3,118 diikuti Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243) dan Johor (2,032).

Negeri merekodkan jangkitan empat angka:

Kelantan – 1,438
Kedah – 1,355
Perak – 1,341

Jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Terengganu – 910
Pahang – 661
WP Kuala Lumpur – 513
Melaka – 340
Negeri Sembilan – 207
Perlis – 108
WP Putrajaya – 28
WP Labuan – 15


Pengarang :