EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) menyerahkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) kepada salah seorang penerima di Hotel Acapella, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto Facebook ANIS
AGENDANASIONAL

Ibu bapa anak OKU disaran mohon bantuan Anis, permohonan ditutup esok

SHAH ALAM, 30 MEI: Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) bagi tahun 2022 yang dibuka pada 17 Mei lalu akan berakhir esok.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Anis memaklumkan permohonan bantuan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.anisselangor.com.

Bantuan diberikan secara sekali bayar (one-off) dengan had maksimum sehingga RM 5,000 bagi satu keluarga dan terbuka kepada anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah.

Anis turut memaklumkan bantuan tersebut meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU.

Selain itu, bantuan juga mengurangkan beban pembelian peralatan khas atau mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.

Jenis bantuan terbabit ialah makanan, keperluan tambahan, pembelian atau pembaikan peralatan mesin, ubat-ubatan dan subsidi yuran (kelas terapi khas untuk anak istimewa).

Sabtu lalu, EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata sambutan diterima amat memberangsangkan dengan 2,716 permohonan diterima sejak dibuka pada 17 Mei.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55453170 / 03-54818800.

Berikut adalah cara penghantaran Borang Bantuan Khas Anis (BKA):

1. Muat turun borang PDF di laman web ANIS seperti yang tertera di atas (Rujuk link di bio)

2. Isi borang secara manual

3. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.


Pengarang :