Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga asnaf di Kampung Batu 10 Cheras pada 30 Mei 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS santuni asnaf di Cheras, serah wang tunai dan barangan asas

SHAH ALAM, 30 MEI: Keluarga asnaf di Kampung Batu 10 Cheras menerima kunjungan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program Ziarah Mahabbah Mustahiq.

Agensi berkata golongan itu menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan asas seperti lampin pakai buang, makanan kering dan beras.

“Alhamdulillah, program kali ini kami santuni dan bertanya kabar kepada asnaf di kawasan tersebut.

“Kami berharap dengan program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat khusus pada para asnaf,” tulisnya di Facebook.

Menurut LZS, sumbangan diserah oleh Team Operasi Agihan Asnaf Daerah Hulu Langat kepada penerima yang memerlukan keperluan asas dan perubatan ketika Aidilfitri.


Pengarang :