Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Mesra Industri anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kompleks Arena Petaling Jaya pada 28 Mei 2022. Foto MBSJ
PBTSELANGOR

Kejohanan sukan MBPJ kembali lagi selepas tertangguh dua tahun

SHAH ALAM, 30 MEI: Kejohanan Mesra Industri anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tertangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19 kembali diadakan semula, semalam.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan penganjuran edisi kali ke-19 itu mendapat sambutan menggalakkan dari warga kerja pelbagai sektor kerajaan dan swasta.

“Kejohanan ini adalah program tahunan bertujuan mengeratkan hubungan antara MBPJ dan warga kerja  pelbagai sektor di Petaling Jaya antaranya perindustrian, perhotelan dan komersial.

“Penganjuran kejohanan ini juga dapat menggalakkan pekerja industri bagi menjalani gaya hidup sihat dan cergas serta mengisi waktu lapang dengan aktiviti riadah dan sukan ,” katanya dalam kenyataan.

Kejohanan bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Kompleks Arena Petaling Jaya itu disertai 44 pasukan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta.

Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, sepak takraw dan ping pong.


Pengarang :