Rakaman gambar proses pembotolan vaksin CanSino di Solution Biologics Sdn Bhd di Taman Teknologi Bukit Jalil pada 30 Ogos 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Kementerian Kesihatan (MOH) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin yang mereka terima pada awal vaksinasi Covid-19.

Kenyataan itu juga menyebut Convidecia juga kan diberikan sebagai dos penggalak selepas sekurang-kurangnya tiga bulan menerima dos kedua vaksinasi utama mereka.

“Ia juga yang pertama dan satu-satunya vaksin Covid-19 dari China yang dimasukkan dalam program vaksinasi heterologous di Malaysia yang boleh diberikan sebagai ‘mix-and-match’ bersama kedua-dua Pfizer-BioNTech dan vaksin Covid-19 AstraZeneca,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :