Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga jam 9 malam

SHAH ALAM, 17 JUN: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Perlis, Pulau Pinang dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata amaran sama turut membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan; Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor serta Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Kawasan lain adalah Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Jeli dan Tanah Merah di Kelantan; Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin di Pahang serta Kuala Penyu, Beaufort dan Papar di Sabah.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :