Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya diramal ribut petir, hujan hingga 11 malam

SHAH ALAM, 22 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 11 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di semua derah negeri ini serta seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Situasi sama diramal di Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinag (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah), Pahang (Bentong) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson).

Manakala Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Seri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang selain Sabah (Pedalaman (Kuala Penyu)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :