Majlis tayangan khas Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di TGV Central i-City, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Air Force The Movie kutip RM20 juta lepas 11 hari tayangan

SHAH ALAM, 6 SEPT: Filem aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang ditayangkan mulai 25 Ogos mencatat kutipan RM20 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di Malaysia.

Jumlah kutipan terkini itu diumumkan oleh syarikat penerbitan filem berkenaan Multimedia Entertainment dalam kenyataan di Instagram semalam.

“Terima kasih Malaysia! #AirForceTheMovie sudah cecah RM20 juta kutipan pecah panggung dalam 11 hari. Kami sangat terharu atas sokongan kuat anda semua. Yang belum tengok, jom ke pawagam,” kata kenyataan itu.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi termasuk Golden Screen Cinemas.

Filem lakonan Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T dan Sara Ali mengisahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Karya arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See turut ditayangkan di Singapura dan Brunei sejak 25 Ogos.

 


Pengarang :