Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin hadir pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada 6 Oktober 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lelaki jadi mangsa hendap diminta tampil kongsi pengalaman

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah intip dan hendap, justeru Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap sesiapa sahaja, terutamanya lelaki, tampil ke hadapan dan berkongsi dengan pihaknya apa jua yang dialami mereka.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang perkongsian daripada lelaki, tetapi saya tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa juga, kerana jenayah intip dan hendap tidak mengira jantina atau latar belakang seseorang individu pada masa kini.

“Oleh itu, saya berharap lelaki tidak malu berkongsi, ini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama perjuangkan nasib mangsa intip dan hendap yang berhadapan dengan situasi sukar sebegini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mengenai penggubalan RUU antihendap itu di sini hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :