AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lori PKPS bawa barangan harian harga murah jelajah sembilan lagi lokasi esok

SHAH ALAM, 7 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah meneruskan jelajahnya ke sembilan lagi lokasi di beberapa daerah esok.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung jam 9 pagi hingga 1 tangah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Berikut senarai lokasi lori Jelajah Ehsan Rakyat :

  • Dataran Niaga Sungai Tengi (Hulu Bernam)
  • Kedai Tok Daus (Kuala Selangor)
  • Bandar Rinching Seksyen 4-6 (Hulu Langat)
  • Hadapan Surau Al-Husna (Petaling)
  • Hadapan Surau Flat Gasing Indah (Petaling)
  • Taman Cempakasari 2 (Klang)
  • Laman Dewan Kampung Tok Muda (Klang)
  • Tapak Pasar Malam Pinggiran Batu Caves (Gombak)
  • Pekan Sungai Haji Dorani (Sabak Bernam)

Maklumat lokasi jelajah lori berkenaan juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Sebelum ini, pengurus kanan pemasarannya berkata inisiatif jualan murah melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.

Md Fazir Abdul Latif menganggarkan jualan hingga RM10,000 bagi setiap lokasi membabitkan bekalan 10,000 ayam, 3,100 kg daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B sepanjang program berkenaan.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :