Hampir 500 ketua dan setiausaha kampung tradisi mengikuti kursus integriti di Auditorium Dewan Jubli Perak di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 5 September 2022. Foto Facebook Borhan Aman Shah
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Hampir 500 ketua, setiausaha kampung ikuti kursus integriti, mantap ilmu memimpin

SHAH ALAM, 7 SEPT: Hampir 500 ketua dan setiausaha kampung tradisi mengikuti kursus integriti di Auditorium Dewan Jubli Perak pada Isnin lalu.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata penganjurannya bagi memantapkan lagi keupayaan memimpin sekali gus membolehkan mereka memberi khidmat yang cemerlang kepada komuniti.

“Sebelum ini, kursus diadakan hanya berkaitan pentadbiran sahaja, namun kurusus kali ini kita libatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mahu mereka menitikberat tentang integriti sepanjang menjalankan tugas.

“Selain itu, beberapa agensi berkaitan juga dibawa untuk beri penerangan tentang program anjuran Kerajaan Negeri seperti Selangor Saring dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) supaya dapat disampaikan kepada penduduk,” katanya Borhan Aman Shah.

Beliau menambah, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan kursus sama di peringkat daerah dalam masa terdekat.

“Tidak semua dapat hadir ke kursus ini kerana kapasiti dewan agak terhad. Untuk ketua kampung sahaja, kita ada hampir 400 dan tidak termasuk setiausaha.

“Oleh itu, kita bercadang untuk adakan di peringkat daerah pula supaya semua mereka ini dapat hadir ke kursus supaya dapat mentadbir urus kampung dengan cemerlang dan berintegriti,” katanya.


Pengarang :