Pengerusi Jawatankuasa Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Hashim Meon melakukan gimik perasmian sempena Bulan Pembebasan Riqab di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais belanja RM21.1 juta rawat, bimbing asnaf riqab

SHAH ALAM, 1 SEPT: Sejumlah RM21.1 juta diperuntuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk melaksanakan pelbagai program melibatkan golongan asnaf riqab tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Riqab Mais Tan Sri Hashim Meon berkata perbelanjaan melibatkan aktiviti bimbingan, pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan supaya golongan tersebut kembali ke pangkal jalan.

“Sejak 2010 bermulanya pemulihan asnaf riqab, seramai 2,529 asnaf riqab disantuni melalui bimbingan dan bantuan kebajikan.

“Peruntukan dibayar setiap bulan kepada rumah pemulihan riqab dengan kadar ditetapkan iaitu RM750 hingga RM1,250 bagi yang memerlukan rawatan,” katanya hari ini.

Beliau ditemui selepas pelancaran kempen Bulan Pembebasan Ar-riqab  di Hotel Mardhiyyah di sini, yang turut dihadiri Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Penganjuran kempen sepanjang September itu bertujuan menyebar luas maklumat dan kesedaran masyarakat di Selangor tentang asnaf riqab.

Mereka dibelenggu masalah sosial dan akidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram dan terpesong agama.

Antara aktiviti dan program yang dirangka seperti forum riqab, ceramah kesedaran kesihatan, program bimbingan dan pelbagai lagi secara fizikal dan dalam talian.

Mereka dibelenggu masalah sosial dan akidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram dan terpesong agama.


Pengarang :