Pasukan Menembak Negeri Selangor menyumbangkan pingat emas menerusi acara 10 meter Air Rifle Berpasukan Lelaki di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang pada 19 September 2022. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SUKMA: Selangor raih dua lagi emas dalam acara menembak

SHAH ALAM, 19 SEPT: Selangor mengutip dua lagi emas menerusi sukan menembak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang hari ini.

Majlis Sukan Negeri Selangor melalui Facebook memaklumkan pingat itu diraih pasukan menembak Selangor dalam acara 10 meter Air Rifle berpasukan lelaki.

Satu lagi pingat disumbangkan atlet Haritz Iklil Hessly Hafiz menerusi acara menembak 10 meter Air Rifle individu lelaki di venue sama sekali gus menyaksikan Selangor meraih sembilan emas setakat ini.

Haritz Iklil Hessly Hafiz meraih emas dalam acara menembak 10 meter Air Rifle individu lelaki di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang pada 19 September 2022. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor

Kontinjen negeri memulakan cabaran dalam temasya dwitahunan itu dengan memperoleh emas pertama disumbangkan atlet wusyu Mandy Cebelle Chen.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.

 


Pengarang :