Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya memenangi acara Hari Sukan Sekolah Kebangsaan USJ 2, Subang Jaya pada 11 November 2022. Foto Facebook Michelle Ng Mei Sze
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Subang Jaya peruntuk hampir RM95,000 baik pulih kemudahan sekolah

SHAH ALAM, 26 NOV: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memperuntuk sejumlah RM94,225 sejak Januari hingga kini sebagai bantuan kepada sekolah kawasan terbabit.

Wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze berkata sebanyak 16 sekolah menerima dana itu termasuk sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah agama serta sekolah jenis Cina dan Tamil.

“Setiap sekolah menerima nilai yang berbeza bergantung kepada keperluan dan kerosakan yang perlu dibaik pulih. Kita beri berdasarkan permintaan dan kesesuaian.

“Kita harap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah membaik pulih kerosakan yang dialami sekali gus pelajar dan guru dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Michelle, selain baik pulih infrastruktur sekolah, dana tersebut turut digunakan untuk membeli keperluan pembelajaran seperti komputer.

Senarai sekolah menerima sumbangan DUN Subang Jaya:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) USJ12
  • SK Seafield 3
  • SK USJ20
  • SK USJ2 SKK
  • SK Subang Jaya
  • SK SS19/6
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama
  • SMK Subang Jaya
  • SMK USJ8
  • SMK USJ13
  • Sekolah Rendah Agama (SRA) USJ17
  • SRA USJ17
  • Sekolah Islam Darul Ehsan
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambathan
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Cheng Lock
  • SJKC Che Wen

Pengarang :