Beberapa kenderaan meredah banjir ketika tinjauan di Jalan Utama Yong Peng ke Muar pada 8 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 2,540 orang

JOHOR BAHRU, 22 MAC: Keadaan banjir di Batu Pahat semakin surut dengan jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 2,540 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 3,086 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 701 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi ketika ini.

“Tiga PPS yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan dengan 320 orang, diikuti Sekolah Agama Seri Medan (314) dan SK Seri Aman (257),” menurut JPBN.

Sementara itu, JPBN memaklumkan seramai 5,269 petugas daripada pelbagai agensi terlibat dalam usaha membantu misi pascabanjir di beberapa lokasi di Batu Pahat yang terjejas.

Cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini dan tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

– BERNAMA


Pengarang :