AGENDANASIONALSELANGOR

Air Selangor: Paip pecah di Jalan Bukit Cerakah giat dibaiki, dijangka siap esok

SHAH ALAM, 22 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Kuala Selangor bermula jam 9 pagi hari ini.

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya berkata pelaksanaan proses menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, Rabu ini.

Menurut Ir Abas Abdullah, kerja pembaikan itu dijangka siap pada jam 3 pagi esok dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat selepas itu serta sistem agihan utama telah distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Sebanyak 76 lori tangki air telah mula digerakkan ke kawasan terlibat dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisi dan upacara pengkebumian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantuan bekalan air alternatif menerusi Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna.

Orang ramai boleh menyemak senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak jadual di lampiran A pada pautan https://bit.ly/3OoULcX .


Pengarang :