Usahawan mengadakan perbincangan dalam program Hijrah Tour Selangor di Pustaka Raja Tun Uda pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Platform Selangor bantu lebih 20,000 usahawan baru kembang perniagaan, sediakan latihan

SHAH ALAM, 1 JUN: Platform Selangor (PLATS) berhasrat membantu lebih ramai usahawan tempatan khususnya mereka yang masih baharu dalam perniagaan menerusi program Hijrah Tour Selangor (HITS).

Projek Koordinatornya Azizul Hussin Zainal Abidin berkata setakat Januari lalu, 20,139 usahawan dibantu supaya perniagaan diusahakan terus berkembang.

Projek koordinator Platform Selangor (PLATS), Azizul Husni Zainal Abidin ketika ditemui di Pustaka Raja Tun Uda pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“PLATS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri khas untuk rakyat Selangor yang berniaga secara percuma selain menyediakan latihan usahawan digital kepada peserta.

“Usahawan yang berminat boleh terus datang ke program HITS dianjurkan Yayasan Hijrah Selangor bertemu dengan wakil PLATS bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ditemui pada program tersebut semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi App Engage, Tan Wei Kiat berkata selaku syarikat perincian pihaknya melihat kebanyakan usahawan tidak mengetahui kepentingan laman sesawang dalam perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi App Engage Sdn Bhd, Tan Wei Kiat ketika ditemui di Pustaka Raja Tun Uda pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Ramai peniaga tidak mempunyai laman sesawang sedangkan ia penting untuk usahawan sama ada e-dagang dan ‘offline’ supaya produk mereka dikenali serta beri keyakinan kepada pelanggan.

“Sebagai syarikat pengisian, kita sedia bantu usahawan membangunkan laman sesawang sendiri dan membuat pemasaran digital,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 usahawan terdiri daripada industri makanan, minuman, produk kecantikan dan wangian menyertai program HITS yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pustaka Raja Tun Uda.


Pengarang :