Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Shifa, Langkawi pada 16 Oktober 2022 yang dibuka untuk pemindahan mangsa banjir. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, dua PPS terakhir ditutup

ALOR SETAR, 18 NOV: Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang menempatkan 26 mangsa daripada lima keluarga di dua daerah ditutup sepenuhnya petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS itu masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

“Di Kota Setar, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah yang dibuka Selasa lepas ditutup sepenuhnya pada 10 pagi tadi manakala di Kubang Pasu, PPS SK Malau yang dibuka Isnin ditutup pada 1 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut berikutan cuaca baik.

– BERNAMA


Pengarang :