Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena perkahwinan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah di Brunei pada 15 Januari 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office.
AGENDANASIONAL

Sultan, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Putera Mateen, Dayang Anisha

SHAH ALAM, 16 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan tahniah kepada Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangan Dayang Anisha Rosnah.

Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pengantin Diraja yang diraikan di Bandar Seri Begawan, Brunei ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin.

“Baginda berdua berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja pasangan berkenaan sebagai menyantuni jemputan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan  Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Istana Darul Iman, Brunei Darussalam,” menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office.

Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijab kabul dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas.

Pengarang :