AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat empat daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 18 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda empat daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah diramal mengalami keadaan cuaca yang sama.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :