SELANGOR

Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Langat sehingga 9 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, beberapa daerah di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak dijangka alami cuaca sama.

Keadaan sama diramal melanda seluruh kawasan di Perlis dan Melaka.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :