Orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sempena Aidilfitri, rumah terbuka negeri di Bandar Kuala Kubu Bharu Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 APRIL: Orang ramai dipelawa memeriahkan majlis rumah terbuka negeri sempena Aidilfitri di Bandar Kuala Kubu Bharu pada 27 April ini, bermula 8 malam.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dijadual  berangkat menghadiri acara tahunan itu selain Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, barisan EXCO dan seluruh pimpinan negeri.

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Naim Daniel, Sarah Suhairi, ratu rock negara Ella serta celoteh penyampai Suria FM Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, aneka juadah disediakan kepada pengunjung selain pemberian duit raya dan pertunjukan bunga api.

“Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita meriahkan Rumah Terbuka Riuh Raya #KitaSelangor 2024!! Jumpa di sana,” kata kenyataan di Facebook

Sambutan tersebut boleh ditonton dalam YouTube SelangorTV dan semua media sosial Media Selangor.


Pengarang :