Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kuala Kubu Baharu, Paya Jaras antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 22 APRIL: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Padang Awam Batu 30 (Kuala Kubu Baharu) dan Balai Raya JKKK Kampung Kenanga (Rawang).

Kawasan lain adalah tanah lapang sebelah SRA Merbau Sempak (Paya Jaras) dan Kampung Sesapan Batu Rembau (Semenyih).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti atas kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :