Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Taman Saujana Aman, Kuala Selangor dan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh ke pusat pemindahan sementara selepas kawasan itu dinaiki air pada 16 April 2024. Foto JBPM Selangor
AGENDANASIONAL

Seramai 748 mangsa banjir di tiga negeri berlindung di PPS takat 10 malam

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat sedikit kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534 mangsa, petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).

Di Negeri Sembilan, terdapat satu PPS yang diaktifkan iaitu di Port Dickson yang menempatkan 79 mangsa manakala di Melaka sebuah PPS dibuka di Alor Gajah membabitkan 55 mangsa, setakat 8 malam tadi.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Klang, Selangor dan Sungai Besut, Terengganu namun, kedua-dua sungai berkenaan merekodkan trend menurun.

— BERNAMA


Pengarang :