Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf (VIDEO)

SHAH ALAM, 6 APRIL: Umat Islam terutama seorang pemimpin perlu berjiwa besar untuk mengangkat martabat agama serta menarik orang di sekeliling mendekati Allah.

Demikian kata Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah surah Ali ‘Imran ayat 159 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Dr Ahmad Fakhrurrazi, ayat itu menjelaskan seorang pemimpin perlu berlemah lembut bukannya bersifat keras sehingga menyebabkan orang semakin menjauhi.

“Sifat lemah lembut akan menarik orang untuk mendekati, mereka akan merasai kasih Allah asbab diri kita. Nabi Muhammad SAW juga diseru oleh Allah supaya berlemah lembut. Jadi, seorang pemimpin jangan bersikap keras, nanti orang di sekeliling lari.

“Ayat ini juga mengajar kita untuk selalu memaafkan semua orang termasuk memohon kemampunan untuk semua orang bagi mengelak perasaan dendam dan benci dalam kehidupan.

“Selain itu, kita diingatkan untuk selalu istikharah dengan Allah selain istisyarah atau bermusyawarah dengan manusia untuk mencari penyelesaian. Akhir sekali, sifat untuk berjiwa besar ialah bertawakal,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Sementara itu, Amirudin mengajak setiap umat Islam untuk menerapkan sifat sabar dalam diri bagi mendapat keredaan Allah.

“Puasa menguji diri kita untuk sabar dari lapar dah dahaga. Puasa juga mengajar kita sabar supaya  jangan melanggar adab berpuasa. Ini secara tidak langsung telah mengajar atau memimpin diri kita sendiri ke arah yang lebih baik,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: Amanah, cerita kebenaran
Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: Istiqamah mengingat Allah
Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: Waspada sifat orang munafik
Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa
Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa
Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita
Episod 23: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh
Episod 24: Berbakti pada ibu bapa
Episod 25: Jadikan kisah nabi, rasul sebagai panduan hidup


Pengarang :