SELANGOR

PKP: Jangan ingkar, tindakan tegas peniaga naikkan harga barang

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Petaling Jaya memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barang sesuka hati.

KPDNHEP berkata peniaga mesti sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika tidak, tindakan keras akan diambil.

“Perlu diingatkan kepada para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan situasi wabak Covid-19 dan sesiapa didapati menaikkan harga barang secara tidak berpatutan, tindakan akan diambil bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011,” kata agensi itu dalam kenyataan.

Dalam pada itu, KPDNHEP Petaling Jaya semalam membuat pemeriksaan di beberapa kedai sekitar SS2 dan Kota Damansara.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan berjalan seperti biasa, bekalan keperluan mencukupi serta tidak ada pembelian panik dari orang ramai.

Pemeriksaan juga dilakukan ke atas farmasi bagi memastikan bekalan topeng hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman mencukupi.


Pengarang :