SHAH ALAM, 9 MEI: Pesawat Malaysia Airlines MH2710 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan mengalami isu teknikal semasa enjin pesawat dihidupkan, semalam.
Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memaklumkan pesawat itu terpaksa kembali ke ruang menunggu selepas prosedur kali kedua menghidupkan enjin gagal semasa melakukan ‘pushback’, lapor portal Harian Metro.
“Ketika insiden itu, seorang penumpang memerlukan bantuan perubatan kecemasan. Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika pembaikan dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi hangat.
“Penumpang dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pada 4.30 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial penumpang pesawat termasuk kanak-kanak dan warga emas mengalami suasana tidak selesa apabila persekitaran kabin pesawat menjadi panas.