BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Penghapusan tempat pembiakan kawal denggi di Selangor

SHAH ALAM, 16 FEB: Usaha mengawal denggi di Selangor dipergiat dengan menumpukan kawalan berfokus melalui aktiviti penghapusan tempat pembiakan (PTP), kata EXCO kesihatan.

Bagaimanapun, Dr Siti Mariah Mahmud berharap aktiviti kendalian pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan negeri mendapat kerjasama masyarakat.

“Perang terhadap denggi akan diteruskan pada tahun ini dan kita tidak akan sesekali mengalah dengan usaha mewujudkan negeri bebas denggi.

“Peruntukan tambahan diberikan kepada PBT untuk melaksanakan aktiviti PTP, namun usaha hanya berhasil jika komuniti beri kerjasama,” katanya kepada SelangorKini.

Selangor memperuntukkan RM5 juta bagi memerangi denggi termasuk aktiviti pencegahan dan kawalan di seluruh negeri berbanding RM3 juta tahun lalu.

Berdasarkan statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Selangor merekodkan kejadian denggi tertinggi dengan 11,338 kes sejak 29 Disember tahun lalu hingga 8 Febuari.


Pengarang :