Ng Sze Han membelai haiwan liar yang dipelihara ketika menghadiri Kempen Kesedaran Menyayangi Haiwan Peliharaan di Taman Wawasan, Puchong pada 22 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sze Han: Perluas kempen atasi lambakan haiwan terbiar

PUCHONG, 22 FEB: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran mempergiat kempen kesedaran menyayangi binatang peliharaan bagi menangani lambakan haiwan terbiar, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemilik menyebabkan peningkatan kes terutama membabitkan kucing dan anjing di negeri ini.

“Pembabitkan masyarakat terhadap isu ini perlu diperluas dan diusaha bersama PBT melalui pendidikan dan kefahaman penjagaan seperti pemandulan serta pelaksanaan aktiviti pengambilan haiwan angkat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang ditemui pada Kempen Kesedaran Menyayangi Haiwan Peliharaan di Taman Wawasan di sini, turut memaklumkan Majlis Perbandaran Subang Jaya mencatatkan 60 hingga 70 peratus aduan haiwan terbiar.

Pada 23 Mac 2017, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melancarkan kempen Selangor Bebas Haiwan Terbiar.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menjadi Penaung Diraja kempen anjuran Persatuan Pencinta Haiwan Selangor, bagi menangani isu tersebut di seluruh negeri.

 


Pengarang :