Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor turun semula satu angka

SHAH ALAM, 8 JUN: Selangor merekodkan tiga kes baharu Covid-19 hari ini selepas dua hari berturut-turut merekodkan kes dua digit, menurut data Bilik Gerakan Negeri.

Kelmarin, sebanyak 14 kes dilaporkan manakala semalam sebanyak 12 kes.

Keseluruhannya, sejumlah 1,968 kes direkodkan dengan 219 daripadanya aktif. Hulu Langat mencatatkan 91 kes aktif manakala Sepang dengan 68 kes.

“Dua kes kontak rapat dicatatkan di Sepang manakala satu lagi kes import yang mendapat jangkitan dari India,” menurut bilik gerakan itu.

Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,624 pesakit di negeri ini sembuh sementara angka korban kekal 23 orang.

Malaysia pertama kali merekodkan satu angka kes Covid-19 hari ini dengan hanya tujuh kes, terendah sejak 12 Mac lalu, iaitu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Negara merekodkan enam kes baharu Covid-19 pada 8 Mac dan sembilan kes pada 12 Mac.


Pengarang :