Ir Izham Hashim melakukan gimik perasmian pada Program Agro Bandar Selangor di Amerin Mall, Seri Kembangan pada 29 Ogos 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kempen agro bandar dipergiat, tanaman moden manfaat kawasan sempit

SERI KEMBANGAN, 29 OGOS: Kempen Agro Bandar Selangor diperhebat dengan memanfaatkan kawasan sempit bagi mengusahakan tanaman hidroponik, kata EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata teknologi moden membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran makanan sendiri tanpa memerlukan tanah atau ruang besar.

“Kepelbagaian kaedah tanaman menggalakkan masyarakat bandar mengusahakan pertanian, jadi tiada tanah bukan lagi isu.

“Hasil yang ditanam juga bebas bahan kimia, berkhasiat, selamat dan segar berbanding di pasaran,” katanya selepas menghadiri Program Agro Bandar Selangor di Amerin Mall hari ini.

Ir Izham turut mencadangkan pengusahaan tanaman seperti kailan, cili, tomato, terung dan kangkung yang semakin popular untuk meraih pendapatan.

“Kita minta warga bandar cuba dahulu kerana ramai yang mulanya suka-suka sahaja tetapi bersungguh-sungguh selepas melihat hasil,” katanya lagi.


Pengarang :