Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin pada sidang media mengenai Penjelasan Realiti Sebenar Sektor Industri Kreatif di Angkasapuri pada 29 Jun 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Timbalan menteri dakwa kerajaan PN masih kukuh

SHAH ALAM, 4 OGOS: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kukuh sekalipun Umno menarik balik sokongan.

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan baik, lapor Malaysiakini.

“Intact (utuh) semuanya,” kata ahli parlimen Padang Besar itu selepas pertemuan dengan lebih 10 ahli parlimen Umno di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir pertemuan yang berlangsung beberapa jam selepas pengumuman Umno menarik balik sokongan terhadap PN.

Pada 3 Ogos, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan berikutan isu antara kerajaan pusat dengan Istana Negara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.


Pengarang :