Antara barangan antik yang dijual di Walk Flea Market yang beroperasi di tingkat 1 dan 2 pusat membeli-belah SACC pada 19 Julai 2020. Foto Facebook SACC Mall
AGENSISELANGOR

Pasar karat SACC dibuka semula November

SHAH ALAM, 6 OKT: SACC Walk Flea Market yang menjadi tarikan ramai di sini dijangka beroperasi semula antara hujung Oktober atau awal bulan depan.

Gerak kerja termasuk tatacara operasi piawai (SOP) pasar karat itu sedang diatur bersama pihak berkuasa tempatan, kata pemangku pengurus pusat PKNS Real Estate Sdn Bhd.

“Sudah tentu pematuhan SOP perkara utama, jika perbincangan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam berjalan lancar dan mereka berpuas hati, acara ini akan disambung sebelum hujung tahun.

“Kami mahu perkara ini cepat berjalan dengan beberapa kelainan dan acara tertentu kerana pengunjung semestinya rindukan program santai hujung minggu,” kata Syahril Mohd Rashid ketika dihubungi.

SACC Walk Flea Market dibuka setiap Jumaat hingga Ahad mulai jam 6 petang hingga lewat malam sejak dilancarkan pada 8 Februari 2019.

Selain dipenuhi barangan vintaj dan unik, pasar itu turut menyediakan perniagaan kendera saji serta Pasar Agro Selangor pada setiap Jumaat.

 


Pengarang :