Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 28 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan hingga jam 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan lain adalah Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Muallim di Perak; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pusa dan Betong di Pahang serta Keningau, Sabah.


Pengarang :