Peserta menghadiri temu duga program Jelajah JobCare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

16 syarikat sertai jelajah kerjaya di Banting esok

SHAH ALAM, 17 JUN: Jelajah JobCare Selangor minggu ini diteruskan di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Banting Baru esok.

Program anjuran bersama Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Ketua Penyelaras UPPS, S Vijayan berkata sebanyak 16 syarikat daripada pelbagai sektor menyertai siri jelajah kali ini.

“Kira-kira 80 peratus yang syarikat terbabit baharu kali pertama menyertai Jelajah Jobcare Selangor antaranya Kossan, Pos Logistic, Shinetsu, Wilmar, Edgenta Uems dan syarikat kurier, Line Clear.

“Oleh itu, pencari kerja digesa tidak melepaskan peluang ini kerana kesemua majikan ini memerlukan pekerja dengan segera dan semuanya berdekatan di Banting,” katanya kepada Selangorkini.

Tambah Vijayan, pihaknya menyasarkan lebih 100 peserta terutamanya penduduk setempat menyertai jelajah ini.

“Buat masa ini, lebih 80 pencari kerja sudah berdaftar menerusi laman web dan bakal menyertai sesi temuduga pada jelajah ini,” katanya.

Jelajah kerjaya ini bermula di Dewan Hamzah, Klang pada 26 Februari lalu dan akan berakhir di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam pada 25 Jun.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.


Pengarang :