Empangan Klang Gate di Hulu Klang. Foto wikimapia.org
PBTSELANGOR

Pertandingan video pelancongan MPAJ tawar hadiah RM13,500

SHAH ALAM, 15 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan hadiah bernilai RM13,500 melalui pertandingan mencipta video pendek pelancongan.

Tourism Selangor yang berkongsi hebahan itu memaklumkan pertandingan yang berlangsung mulai 8 Jun hingga 2 September ini adalah terbuka kepada semua dan percuma.

“Lokasi penggambaran adalah di tempat menarik di bawah pentadbiran MPAJ,” menurut agensi itu di Facebook.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil; naib johan RM3,000 dan sijil manakala tempat ketiga 2,000 serta sijil.

Tujuh pemenang sagu hati pula berpeluang memperoleh wang tunai RM500 beserta sijil.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://forms.gle/TpTcQGneLMo6JqKL8 atau hubungi 012-6277210 (Kamil) dan 010-5343292 (Norhanim).

Maklumat lanjut berhubung pertandingan boleh diperoleh dengan mengimbas kod bar tertera pada poster di bawah


Pengarang :