Exco Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabaran troli pengguna selepas merasmikan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 di Central i-City, Shah Alam pada 20 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Karnival didik hak pengguna di Bangi Ahad ini

SHAH ALAM, 29 JULAI: Karnival Pengguna Arif 2022 bakal diadakan pada Ahad ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai hak seorang pengguna.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan karnival itu bakal berlangsung di padang sebelah Pasar Basah Seksyen 1 Bandar Baru Bangi mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Buat julung kalinya ADAB Youth Garage (AYG) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal akan menganjurkan Karnival Pengguna Arif.

“Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai hak sebagai seorang pengguna yang bijak kepada semua lapisan umur,” kata MPKj di Facebook.

Menurut MPKj, pelbagai kegiatan menarik diadakan antaranya bazar jualan, kempen pengguna, ceramah pengguna, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan memanah.


Pengarang :