DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (berdiri, tengah) ketika menyaksikan pemeteraian MoU kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dengan Halal Street United Kingdom di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London pada 29 Jun 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

SAY, Halal Street United Kingdom jalin kerjasama perkasa IKS belia

SHAH ALAM, 3 JULAI: Selangor Youth Community (SAY) menjalin kerjasama dengan Halal Street United Kingdom bagi memperkasa usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama kalangan belia.

Menurut Selangor Royal Office, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) kerjasama tersebut diadakan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom (UK) pada 29 Jun lalu.

Menerusi Facebook, katanya, perjanjian MoU itu disaksikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang juga penaung pertubuhan terbabit.

“MoU ini merupakan usaha dan inisiatif DYTM Tengku Amir Shah bagi memperkasakan usahawan IKS terutamanya dalam kalangan belia untuk menembusi pasaran United Kingdom dan Eropah melalui platform Halal Street UK,” katanya.

Selain Baginda, turut serta menyaksikan majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Zakri Jaafar dan Pesuruhjaya Perdagangan di London Megat Iskandar Ahmad Dassilah.


Pengarang :