Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tiga tahun atasi sasaran, hasil negeri RM2.102 bilion setakat Oktober

SHAH ALAM, 18 OKT: Selangor merekodkan pendapatan hasil RM2.102 bilion setakat semalam, sekali gus mengatasi sasaran RM2.05 bilion yang ditetapkan tahun ini.

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, pencapaian melebihi sasaran tiga tahun berturut-turut hasil kerja berpasukan seluruh pemimpin negeri.

“Alhamdulillah, setakat semalam (17 Oktober) Selangor mencatatkan pendapatan RM2.102 bilion mengatasi sasaran hasil RM2.05 bilion pada 2022.

“Ini adalah kejayaan tahun ketiga berturut-turut pendapatan negeri mengatasi sasaran. Pencapaian ini hasil kerja berpasukan yang padu serta pengurusan ekonomi berhemah. Syukur alhamdulillah,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan prestasi ekonomi negeri lebih baik selepas 2018 dengan menyumbang 24.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 berbanding 23.2 peratus pada 2017.

Prestasi itu juga menyaksikan ekonomi Selangor kembali pulih tahun lalu apabila merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus berbanding pertumbuhan negatif 5.2 peratus tahun sebelumnya.


Pengarang :