EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau bercakap kepada media ketika majlis berbuka puasa di Klang pada 30 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 30,000 ditolak, pemohon program bantuan disaran beri maklumat lengkap

KLANG, 31 MAC: Kerajaan Negeri menolak 30,538 permohonan untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor berikutan maklumat diberikan tidak betul atau lengkap.

EXCO kebajikan masyarakat berkata jumlah ditolak itu adalah daripada 71,160 permohonan diterima setakat 29 Mac lalu.

“Kita menolak permohonan itu kerana beberapa masalah seperti alamat tidak lengkap.

“Pemohon dinasihatkan mengisi borang dengan memberi maklumat betul dan lengkap bagi mengelak permohonan ditolak kerana pemeriksaan teliti dilakukan bagi memastikan penerima yang lulus benar-benar layak,” kata V Ganabatirau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majli berbuka puasa bersama pengamal meidia di Hotel Wyndham Acmar di sini, semalam.

V Ganabatirau bersama pengamal media ketika majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Klang di Klang pada 30 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 25,736 permohonan daripada keluarga kurang berkemampuan diluluskan yang merupakan kumpulan baharu dan bekas penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), memperoleh manfaat program dilancar pada Julai tahun lalu.

Inisiatif Bingkas menggantikan (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) merupakan skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) membabitkan peruntukan RM108 juta.

Menerusi Bingkas, setiap keluarga yang layak akan menerima bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun dan bayaran diagihkan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.


Pengarang :