Petugas Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerahkan kotak untuk mengumpul barangan kitar semula di kawasan perumahan Klang Utara pada 16 Julai 2023. Foto FB MPK
PBTSELANGOR

MPK edar kotak, galak penduduk kumpul barang kitar semula

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerahkan 500 kotak untuk mengumpul barangan kitar semula kepada penduduk di dua kawasan perumahan di Klang Utara pada Sabtu dan semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitarannya berkata penyerahan melalui Program Pintu Ke Pintu Kitar Semula itu melibatkan perumahan di Bandar Bukit Raja dan Aman Perdana.

“Sebanyak 355 kotak diserahkan kepada penduduk di Bandar Bukit Raja dan 145 lagi di Aman Perdana oleh pasukan kitar semula MPK dan panel kontraktor dua perumahan tersebut.

“Penduduk akan mengumpul barangan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik serta surat khabar di dalam kotak tersebut dan menyerahkannya kepada panel kontraktor untuk tindakan lanjut,” kata Zaireezal Ahmad Zainuddin.

Menurut beliau program bagi menggalakkan kitar semula ini adalah yang kedua dijalankan MPK di dua kawasan perumahan tersebut selepas yang pertama pada November tahun lalu.

Petugas Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerahkan kotak untuk mengumpul barangan kitar semula di kawasan perumahan Klang Utara pada 16 Julai 2023. Foto FB MPK

Pengarang :