Petugas membuat persiapan menyediakan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Selat Klang di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah di Pandan Indah, Hulu Kelang, Kota Anggerik, Sekinchan esok

SHAH ALAM, 23 SEPT: Program jualan murah barangan asas seperti ayam, ikan, telur dan beras diadakan di empat lokasi pada 10 pagi esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) bertempat di dewan serba guna MPAJ AU2 (Hulu Kelang) dan dewan komuniti, Jalan Nirwana 44, Taman Nirwana (Pandan Indah).

Inisiatif meringankan beban rakyat itu turut diadakan di pejabat persatuan penduduk, blok 7, Jalan 8/1, Seksyen 8 (Kota Anggerik) dan Dewan Dato Sumadi (Sekinchan).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :