Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah di Ehsan Mart Seksyen 9, Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto Facebook Ehsan Mart Seksyen 9
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barangan dapur murah di empat cawangan Ehsan Mart

SHAH ALAM, 14 JAN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah dengan mengunjungi empat cawangan Ehsan Mart kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Agensi memaklumkan empat cawangan berkenaan adalah Wisma PKPS (Seksyen 14, Shah Alam), Outlet Ehsan PKPS (Seksyen 9, Shah Alam), Outlet Ehsan PKPS (Meru) dan Kiosk Ehsan, (Selangor Fruit Valley).

Menerusi kenyataan sama di Facebook, PKPS memaklumkan lebih 300 produk dipasarkan di Ehsan Mart dengan 41 daripadanya merupakan jenama Ehsan.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Jualan Ehsan Rahmah dijadual membuka tirainya tahun ini di beberapa lokasi terpilih mulai esok.

Orang ramai boleh menyemak lokasi jualan di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Selain menganjurkan JER di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :