DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar pada Ziarah Ramadan di premis Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Gombak pada 19 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

RMS berkenan santuni anak yatim, serah sumbangan duit, baju raya

GOMBAK, 19 MAC: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli melawat premis Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Umni di Taman Melewar, di sini hari ini.

Menerusi program Ziarah Ramadan, Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan duit dan baju raya kepada 50 anak yatim dan asnaf berusia lima hingga 18 tahun sempena Aidilfitri.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Ziarah Ramadan di premis Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Gombak pada 19 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Raja Muda Selangor diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkenan meluang masa mengecat beberapa rak kasut untuk menceriakan pusat terbabit.

Tahun ini, Ziarah Ramadan anjuran Selangor Youth Community bersama Yayasan Raja Muda dan Selangor FC memilih beberapa pusat kebajikan bagi menyerahkan sumbangan dan bantuan baik pulih.

Program tradisi yang dianjur sejak beberapa tahun ini mendapat tajaan utama daripada anak syarikat, Worldwide Holdings selain menerima sumbangan dari Starvillion, Khind Malaysia dan Nestle Malaysia.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) mengecat rak kasut pada Ziarah Ramadan di premis Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Gombak pada 19 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :