Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak, Petaling antara empat daerah diramal hujan hingga 4 petang

SHAH ALAM, 18 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda empat daerah di Selangor sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal mengalami keadaan cuaca yang sama.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :