AGENSISELANGOR

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 22 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda tujuh daerah di Selangor hingga 9 malam ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor. Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Agensi berkenaan turut meramalkan cuaca sama melanda seluruh Kuala Lumpur dan Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :